Mengenai i-VCAP

i-VCAP Management Sdn. Bhd. ("i-VCAP") adalah pengurus MyETF-DJIM25.

i-VCAP yang diperbadankan pada 25 Oktober 2007 adalah pemegang Lesen Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSL) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.  Aktiviti perniagaan utamanya adalah menyediakan perkhidmatan pengurusan pelaburan patuh Shariah.

Pengurusan i-VCAP diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zainal Izlan Zainal Abidin, yang juga  seorang daripada tujuh ahli Lembaga Pengarah Syarikat ("Lembaga Pengarah") yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Azian Mohd Noh. Lembaga Pengarah telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaburan, dan Lembaga Audit & Jawatankuasa Pengurusan Risiko yang mengandungi enam dan tiga ahli, masing-masing. 

Pada 31 Disember 2009, i-VCAP mempunyai modal saham yang dibenarkan sebanyak RM100 juta serta modal berbayar dan diterbitkan sebanyak RM11 juta yang terdiri daripada 11 juta saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu.

i-VCAP merupakan anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Valuecap Sdn. Bhd. ("Valuecap") yang dimiliki oleh Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dengan peratusan yang sama. Valuecap telah ditubuhkan pada tahun 2002 dan aktiviti utamanya adalah pelaburan dalam sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad.


 

Copyright © i-VCAP Management Sdn. Bhd. 2008