Indeks DJIM25


Indeks Penanda Aras, iaitu Indeks Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25, adalah indeks yang berdasarkan permodalan pasaran (‘market capitalization’) yang diwajarkan dan saham bebas (‘free-float’) indeks yang diselaraskan, yang disediakan oleh Dow Jones melalui Perjanjian Pelesenan.

Indeks Penanda Aras ini telah dibentuk pada 18 Januari 2008 oleh Dow Jones dan dibina berdasarkan nilai rujukan 1000 pada 17 Januari 2008. Indeks Penanda Aras ini terdiri daripada 25 sekuriti syarikat patuh Syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad yang diwajarkan mengikut permodalan pasaran.

Komponen Indeks Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 dipilih daripada semua ekuiti di dalam Indeks Dow Jones Islamic Market Malaysia, iaitu indeks yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang bertapak di Malaysia, yang patuh Syariah mengikut metodologi yang digunapakai oleh Dow Jones.

Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan nilai Indeks yang terkini.


Nilai Indeks


 

Copyright © i-VCAP Management Sdn. Bhd. 2008