| |
| 1. | Apakah itu MyETF-DJIM25?
|
•
|
MyETF-DJIM25 (“Dana”) ialah ETF nasional dan juga ETF Syariah yang pertama di Asia.
|
|
•
|
Dana ini adalah dana unit amanah tersenarai yang menjejak indeks, yang dilaburkan dalam portfolio sekuriti-sekuriti bagi tujuan mendapatkan pulangan pelaburan yang sejajar dengan prestasi indeks Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 (“Indeks”). Huraian tentang Indeks yang berasaskan ekuiti Malaysia ini boleh didapati dalam prospektus Dana yang dikeluarkan pada 21 Januari 2008. Prospektus ini boleh dilihat di Seksyen Prospektus laman web ini atau salinan bercetak boleh diperolehi daripada pejabat i-VCAP Management Sdn. Bhd. (“i-VCAP”).
|
|
•
|
Sekuriti-sekuriti yang terkandung dalam Indeks mewakili sekuriti-sekuriti syarikat patuh Syariah dari pelbagai industri yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”)
|
|
| |
| 2. | Mengapakah MyETF-DJIM25 diperkenalkan?
| • |
Pertumbuhan permintaan untuk produk pelaburan patuh Syariah di Malaysia khususnya, dan di seluruh dunia amnya, memberi peluang kepada i-VCAP untuk memperkenalkan ETF Syariah yang pertama di Asia.
|
| • |
Pelancaran MyETF-DJIM25 menyambut seruan Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam serantau. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan minat yang lebih meluas terhadap ekuiti-ekuiti Malaysia di kalangan pelabur tempatan dan luar negara serta untuk meningkatkan kecairan dalam pasaran ekuiti negara.
|
|
| |
| 3. | Siapakah i-VCAP?
| • |
i-VCAP, yang diperbadankan pada 25 Oktober 2007 ialah pemegang Lesen Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSL) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Aktiviti perniagaan utamanya adalah menawarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan. i-VCAP ialah pengurus MyETF-DJIM25.
|
|
| |
| 4. | Siapakah rakan-rakan kongsi dan apakah peranan mereka?
| • |
Pertamanya, i-VCAP berperanan untuk mengurus dan mentadbir MyETF-DJIM25. i-VCAP bekerjasama dengan BNP Paribas Asset Management Malaysia Sdn. Bhd. sebagai Penasihat Teknikal, Deutsche Trustees Malaysia Berhad sebagai Pemegang Amanah, CIMB Islamic Bank Berhad sebagai Penasihat Syariah, CIMB Investment Bank Berhad dan OSK Investment Bank Berhad sebagai Peniaga-peniaga Peserta, dan Dow Jones & Company, Inc. sebagai Penyedia Indeks kepada Dana.
|
|
| |
| 5. | Mengapakah patut untuk melabur dalam MyETF-DJIM25 dan apakah kelebihannya?
| • |
Pelaburan dalam unit-unit MyETF-DJIM25 membolehkan pelabur mendapatkan akses serta-merta terhadap sekumpulan saham-saham patuh Syariah yang bermodal besar dan cair yang tersenarai di Malaysia, berbanding dengan membeli komponen-komponen indeks secara individu. Ia juga membolehkan pelabur mendapat pendedahan kepada sekumpulan sekuriti melalui satu urusniaga dan menawarkan kepada pelabur kepelbagaian pelaburan secara serta-merta.
|
|
| |
| 6. | Bagaimanakah saya boleh melabur dalam MyETF-DJIM25 dan berapakah jumlah pelaburan minimum?
| • |
MyETF-DJIM25 didagangkan di Bursa Securities sama seperti saham-saham syarikat awam tersenarai yang lain. Pembelian dan penjualan MyETF-DJIM25 boleh dilakukan melalui mana-mana broker semasa waktu dagangan biasa. Seperti juga saham yang tersenarai, ETF didagangkan dalam lot dagangan sebanyak 100 unit.
|
|
| |
| 7. | Bagaimanakah saya memantau prestasi MyETF-DJIM25?
| • |
MyETF-DJIM25 disenaraikan di Papan Utama Bursa Securities pada 31 Januari 2008. Para pelabur boleh memperolehi maklumat harga unit MyETF-DJIM25 daripada laman web Bursa Malaysia atau daripada mana-mana sistem sebut harga saham. Para pelabur juga boleh mendapatkan maklumat mengenai Indicative Optimised Portfolio Value (IOPV) seunit pada tepat-masa atau hampir tepat-masa daripada mana-mana broker-broker saham atau wakil-wakil peniaga.
|
|
| |
| 8. | Apakah pulangan yang boleh dijangkakan daripada pelaburan dalam MyETF-DJIM25?
| • |
Seperti ETF lain, pulangan pelaburan yang dijana oleh Dana ini pada amnya sejajar dengan prestasi indeks penanda aras, iaitu Indeks Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25.
|
|
| |
| 9. | Apakah risiko utama dalam pelaburan MyETF-DJIM25 dan bagaimanakah saya menguruskan risiko-risiko tersebut?
| • |
Prestasi Dana mungkin tidak menjejak dengan dekat prestasi Indeks. Para pelabur harus memantau prestasi Dana untuk memastikan bahawa pengurus dana mengekalkan nilai perbezaan (‘tracking error’) yang rendah berbanding Indeks.
|
| • |
Oleh kerana MyETF-DJIM25 adalah ETF berasaskan ekuiti, pelabur tertakluk kepada volatiliti keseluruhannya pasaran saham. Para pelabur boleh mengurangkan risiko ini melalui kaedah peruntukan aset yang sesuai bagi keseluruhan pelaburan mereka.
|
|
| |
| |
| |