| |
| A. MAKSUD |
| 1. | Apakah itu Dana Dagangan Bursa (ETF) ?
| • |
Dana Dagangan Bursa atau ETF adalah dana unit amanah terbuka yang menjejak indeks (‘index-tracking’).
|
| • |
Pada umumnya, objektif utama ETF adalah untuk mendapatkan pulangan yang sejajar dengan prestasi suatu indeks penanda aras.
|
| • |
ETF menawarkan para pelabur cara yang mudah dan menjimatkan untuk mendapatkan pendedahan kepada kumpulan sekuriti yang membentuk indeks penanda aras, dengan hanya satu urusniaga.
|
| • |
Tidak seperti dana unit amanah yang lain, unit-unit ETF yang tersenarai dan didagangkan di bursa saham serta dijualbeli semasa waktu dagangan, seperti saham lain.
|
|
| |
| 2. | Secara umumnya, bagaimanakah ETF berfungsi?
| • |
Gambar rajah berikut menunjukkan struktur am bagi ETF:
 |
| • |
Pengurus (‘Manager’): Mengurus/mentadbir ETF selaras dengan surat ikatan amanah dan undang-undang sekuriti.
|
| • |
Pemegang Amanah (‘Trustee’): Bertindak sebagai penjaga aset ETF. Ia juga memastikan ETF ditadbir selaras dengan surat ikatan amanah dan undang-undang sekuriti.
|
| • |
Peniaga Peserta (‘Participating Dealer’): Melakukan pembentukan dan penebusan unit-unit ETF. Ia juga boleh bertindak sebagai penyedia kecairan untuk memudahkan dagangan unit-unit ETF di bursa saham.
|
| • |
Penyedia Kecairan lain (‘Other Liquidity Providers’) (jika ada) : Membantu untuk menyediakan kecairan untuk unit-unit ETF.
|
| • |
Pelabur (‘Investors’): Melabur dalam unit-unit ETF melalui broker.
|
|
| |
| 3. | Apakah itu pembentukan dan penebusan "bukan wang"?
| • |
Unit-unit ETF baru diterbitkan melalui pembentukan “bukan wang” oleh peniaga peserta dan bukan melalui langganan tunai.
|
| • |
Peniaga peserta, atas arahan pelabur atau atas tindakan sendiri, boleh mengumpulkan sekuriti-sekuriti untuk membentuk penggabungan lengkap (‘perfect basket’) yang ditetapkan dan menyerahkannya kepada pengurus dan pemegang amanah sebagi pertukaran dengan unit-unit ETF baru.
|
| • |
Untuk penebusan, peniaga peserta akan mengumpul dan menyerahkan kepada pengurus dan pemegang amanah bilangan unit ETF yang tertentu sebagai pertukaran dengan penggabungan lengkap.
|
|
| |
| B. APAKAH PERBEZAAN ANTARA ETF DAN DANA UNIT AMANAH LAIN? |
| 1. | Sila jelaskan perbezaan-perbezaan utama antara ETF dan Dana Unit Amanah.
| • |
ETF adalah dana unit amanah yang tersenarai dan didagangkan di bursa saham. Dana ini terbuka dengan mekanisma pembentukan dan penebusan “bukan wang” yang unik yang disokong oleh peniaga peserta dan penyedia-penyedia kecairan.
|
| • |
Perbezaan utama antara ETF dan dana unit amanah adalah cara unit-unit tersebut dijualbeli. Oleh kerana ETF tersenarai, unit-unitnya boleh dijualbeli semasa waktu dagangan bursa saham. Pelabur-pelabur membeli dan menjual unit-unit ETF melalui broker-broker saham dan bukan melalui ejen-ejen unit amanah atau perancang-perancang kewangan.
|
| • |
Tidak seperti dana unit amanah lain, unit-unit ETF baru biasanya tidak diterbitkan melalui langganan tunai tetapi melalui pembentukan “bukan wang” oleh peniaga peserta. Peniaga peserta pula berfungsi sebagai, atau bekerjasama dengan, penyedia kecairan yang dilantik untuk membekal unit-unit baru pada pelabur-pelabur atau membeli bekalan unit lebihan daripada pelabur-pelabur di bursa saham. |
| • |
Seperti dana unit amanah lain, aset-aset ETF diletakkan di bawah penjagaan pemegang amanah yang dilantik sebagaimana yang dimestikan oleh undang-undang.
|
| • |
Perbezaan lain antara ETF dan Dana Unit Amanah:
| |
ETF |
Dana Unit Amanah |
| Kepelbagaian |
√ |
√ |
| Ketelusan |
√ |
Kurang telus |
| Maklumat Dana |
Harga pasaran dan data aktiviti dagangan sedia ada pada laman web Bursa Malaysia atau melalui broker |
Maklumat diperolehi daripada pengurus dana dan ejen-ejen dana yang dilantik |
| Kecairan |
√ |
Kurang cair |
| Fi Kemasukan |
Yuran brokeraj, fi penjelasan dan duti setem dikenakan apabila didagangkan di Bursa Securities |
3% - 5% (bagi dana ekuiti) |
| Fi Pengurusan |
0.4% - 0.5% setahun ke atas NAV |
0.75% - 5% setahun ke atas NAV |
| Penyelesaian Belian |
T+3 (jika melalui broker) |
Pembayaran sebelum belian
|
| Dagangan Melalui |
Broker atau peniaga peserta
|
Ejen
|
| Harga Dagangan Harian |
Mungkin berubah sepanjang hari
|
Tetap sepanjang hari
|
|
|
| |
| 2. | Apakah perbezaan antara ETF Syariah dan ETF konvensional?Bagaimanakah ETF Syariah berfungsi?
| • |
ETF Syariah akan menjejak indeks penanda aras terdiri sepenuhnya daripada sekuriti-sekuriti yang patuh Syariah manakala ETF konvensional mungkin akan menjejak mana-mana indeks penanda aras tanpa mengira status Syariah.
|
| • |
ETF Syariah akan diuruskan mengikut prinsip dan garispanduan Syariah,dan diselia oleh penasihat / jawatankuasa Syariah yang dilantik.
|
| • |
Penasihat / jawatankuasa Syariah akan kajisemula dan audit secara berkala terhadap ETF Syariah untuk memastikan kepatuhan sepenuhnya dengan prinsip dan amalan Syariah.
|
| • |
Gambar rajah di bawah merujukkan struktur am ETF Syariah: 
|
|
| |
| C. KELEBIHAN DAN KEKURANGAN MELABUR DALAM ETF |
| 1. | Mengapa melabur dalam indeks?
| • |
Melabur dalam indeks adalah seperti melabur dalam sekumpulan sekuriti yang mewakili komposisi pasaran saham atau sektor industri saham yang luas. Ia memberi pelabur prestasi pasaran atau sektor tersebut.
|
|
| |
| 2. | Apakah kelebihan unit ETF didagangkan di bursa saham?
| • |
Kemudahan – ETF menawarkan pelabur peluang untuk mendapatkan pendedahan serta-merta kepada sekuriti-sekuriti sandaran penanda aras.
|
| • |
Kebolehsampaian – Kaedah dagangan unit ETF sama seperti untuk saham-saham lain, di mana pelabur-pelabur boleh menjualbeli unit-unit ETF dalam lot dagangan (100 jika ETF didagangkan di Bursa Malaysia Securities Berhad) pada bila-bila masa semasa waktu dagangan.
|
| • |
Ketelusan – Pelabur-pelabur boleh dengan mudah mendapat maklumat tepat-masa (‘real-time’) seperti maklumat harga dan dana, dan dengan itu boleh sentiasa memantau pelaburan mereka sepanjang hari
|
| • |
Kos yang lebih rendah – ETF adalah dana yang diuruskan secara pasif dan dengan itu dikenakan fi pengurusan dan kos urusniaga yang lebih rendah berbanding dana yang diuruskan secara aktif.
|
|
| |
| 3. | Apakah risiko melabur dalam ETF?
| • |
Seperti melabur dalam saham-saham lain, pelabur-pelabur mungkin menghadapi risiko pasaran yang melibatkan turun naik harga saham. Oleh itu, ETF mungkin mengalami turun naik yang serupa kerana prestasinya mungkin dipengaruhi secara langsung oleh prestasi sekuriti-sekuriti yang membentuk indeks penanda aras.
|
| • |
Risiko penjejakan kurang sempurna (‘tracking error’), di mana prestasi ETF tidak sejajar dengan prestasi indeks penanda aras.
|
|
| |
| 4. | Bagaimanakah kecairan ETF diukur?
| • |
ETF mempunyai dua sumber kecairan yang berbeza – kecairan tradisional seperti yang diukur oleh jumlah dagangan pasaran sekunder, dan kecairan yang disediakan melalui proses pembentukan dan penebusan untuk menyamai permintaan pelabur, membolehkan pesanan besar dan kecil “dipenuhi” semasa waktu dagangan. Dengan itu, ETF dengan jumlah dagangan yang rendah masih boleh kekal cair.
|
|
| |
| D. FAKTOR-FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN SEMASA MELABUR DALAM ETF |
| 1. | Apakah pulangan yang dijangkakan daripada ETF dan adakah ia menawarkan dividen?
| • |
Pulangan pelaburan ETF biasanya sejajar dengan prestasi indeks penanda arasnya. Sama ada ETF menawarkan dividen atau tidak bergantung antara lainnya kepada polisi pengagihan.
|
|
| |
| 2. | Patutkah saya menganggap pelaburan dalam ETF sebagai pelaburan jangka panjang atau jangka pendek?
|
•
|
Ini bergantung kepada objektif dan strategi pelaburan para pelabur. Melabur dalam ETF adalah seperti melabur dalam saham. Anda boleh berdagang secara aktif dalam jangka pendek, atau memegang untuk pelaburan jangka panjang.
|
|
| |
| 3. | Apakah yang harus saya buat sebelum melabur dalam ETF?
| • |
Para pelabur harus tahu perkara berikut:
| (i) |
Objektif dan strategi pelaburan bagi ETF. |
| (ii) |
Maklumat mengenai indeks yang dijejak oleh ETF. |
| (iii) |
Fi dan caj yang akan ditanggung oleh pelabur. |
| (iv) |
Saluran yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dagangan mengenai ETF.
|
| (v) |
Maklumat mengenai syarikat pengurusan. |
|
|
| |
| 4. | Bagaimanakah boleh saya mula untuk melabur dalam ETF?
| • |
Seperti berdagang dalam saham-saham lain, pelabur boleh berdagang dalam ETF melalui broker saham. Di Malaysia, ini bermakna mempunyai akaun Sistem Depositori Pusat (‘CDS’) dan akaun dagangan. Sebarang jualbeli unit-unit ETF boleh dilakukan menerusi mana-mana Organisasi Peserta Bursa Malaysia semasa waktu dagangan.
|
|
| |
| 5. | Mudahkah saya membeli atau menjual unit-unit ETF?
|
•
|
Unit-unit ETF tersenarai di bursa saham dan didagangkan semasa waktu dagangan, dengan itu memudahkan pelabur membeli dan menjual ETF.
|
|
| |
| 6. | Berapakah jumlah unit minimum yang boleh dibeli?
| • |
Di Malaysia, ETF didagangkan mengikut lot dagangan sebanyak 100 unit.
|
|
| |
| 7. | Apakah fi urusniaga yang perlu dibayar untuk membeli dan menjual unit ETF?
| • |
Seperti membeli dan menjual saham, pelabur perlu membayar fi brokeraj, duti setem dan fi penjelasan.
|
|
| |
| 8. | Bilakah urusniaga ETF selesai?
| • |
Sama seperti saham biasa. Di Malaysia, ia diselesaikan tidak melebihi tiga hari pasaran selepas tarikh urusniaga (iaitu T+3).
|
|
| |
| 9. | Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat terkini tentang ETF?
| • |
Harga pasaran ETF boleh diperolehi dari bursa saham di mana ia tersenarai semasa waktu dagangan biasa. Para pelabur juga boleh mendapatkan maklumat ini daripada broker mereka dan sistem sebut harga saham.
|
|
| |
| 10. | Bolehkah anda terangkan perubahan dalam komponen-komponen Indeks?
| • |
Penyedia indeks akan meneliti semula secara berkala sekuriti-sekuriti yang perlu dimasukkan atau dikeluarkan daripada indeks secara berkala dan langkah ini dilakukan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh penyedia tersebut. Kaedah ini dikenali sebagai menimbang semula dan bertujuan untuk memastikan bahawa komponen-komponen indeks sentiasa dinilai dari segi kesesuaiannya dan sejauh mana kaitannya dengan objektif keseluruhan indeks.
|
|
| |
| |
| |