Cara Melabur Dalam MyETF-DJIM25


MyETF-DJIM25 didagangkan di Bursa Malaysia Securities Berhad, sama seperti saham-saham syarikat awam yang tersenarai, dalam saiz lot dagangan 100 unit. Pembelian dan penjualan unit MyETF-DJIM25 boleh dilakukan melalui mana-mana Organisasi Peserta (‘Participating Organization’) Bursa Malaysia semasa waktu dagangan biasa.

Pelabur-pelabur  juga boleh melabur dalam MyETF-DJIM25 melalui pembentukan unit-unit baru menerusi Peniaga Peserta. Pembentukan unit-unit tersebut melibatkan penyerahan pelbagai saham serta sejumlah kecil wang tunai yang telah ditentukan terlebih dahulu atau ‘penggabungan lengkap’ (‘perfect basket’) oleh pelabur sebagai pertukaran dengan unit MyETF-DJIM25.  Pelabur-pelabur juga boleh mendapatkan maklumat mengenai komposisi penggabungan lengkap – yang dikemaskini setiap hari – daripada seksyen Nilai Dana di dalam laman web ini. Pelabur-pelabur harus menghubungi salah satu daripada Peniaga Peserta untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai prosedur pembentukan unit-unit.


 

Copyright © i-VCAP Management Sdn. Bhd. 2008