Terma-terma Penggunaan


Terma-terma Penggunaan Laman Web
Terma-terma penggunaan berikut adalah untuk penggunaan laman web MyETF (“Laman Web”). i-VCAP Management Sdn. Bhd. (“i-VCAP”) ialah pemilik Laman Web ini. Setiap kali anda mengakses Laman Web ini anda bersetuju untuk patuh dan terikat pada terma-terma penggunaan serta mengaku bahawa kami mungkin merujuk kepada persetujuan anda.

Pengguna yang melayari Laman Web ini berbuat demikian dengan tujuan memperoleh maklumat sahaja. Laman Web ini tidak  sama sekali boleh dianggap sebagai iklan atau sebarang langkah yang menawarkan produk i-VCAP kepada masyarakat umum. Jika anda tidak ingin terikat pada terma-terma dan syarat-syarat ini, sila keluar dari Laman Web ini dengan serta-merta.

Bukan Nasihat Kewangan

Maklumat pada Laman Web ini bukanlah bertujuan sebagai “nasihat kewangan”. Laman Web ini disediakan untuk memberikan perkhidmatan maklumat sahaja dan pengguna tidak boleh bergantung pada maklumat dalam Laman Web ini untuk menggantikan nasihat kewangan atau nasihat profesional yang lain. Maklumat ini tidak mengambil kira matlamat pelaburan, situasi kewangan dan keperluan tertentu bagi mana-mana individu dan bukanlah merupakan nasihat umum kepada mana-mana kumpulan tertentu. Maklumat ini juga tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan atau saranan bagi sekuriti atau produk kewangan yang lain.

Sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan berasaskan maklumat tersebut, anda perlu mempertimbangkan, mungkin dengan bantuan penasihat kewangan dan/atau pencukaian, sama ada maklumat tersebut sesuai dengan keperluan pelaburan, objektif dan situasi kewangan anda.

Ketepatan dan Kebolehpercayaan Maklumat

Maklumat ini disediakan berasaskan sumber-sumber yang dianggap sebagai boleh dipercayai dan tepat pada tarikh yang dicatatkan. Pendapat dan anggaran mengenai maklumat ini mungkin diubah atau ditarik balik tanpa notis. Dengan demikian, i-VCAP, badan-badan korporat yang berkaitan dengannya atau pengarah-pengarah atau pegawai-pegawai entiti tersebut tidak mewakili atau menjamin kebolehpercayaan, kesempurnaan, kesesuaian dengan tujuan atau ketepatan maklumat dalam Laman Web ini atau mana-mana Laman Web pihak ketiga yang dipaut pada Laman Web ini.

Kecuali di mana i-VCAP menerbitkan dokumen pendedahan pada Laman Web ini, maklumat ini bukanlah bertujuan sebagai tawaran atau sebagai asas untuk mana-mana kontrak, untuk pembelian atau penjualan sebarang sekuriti atau pelaburan lain.

Maklumat dikumpulkan daripada bahan yang disediakan oleh i-VCAP atau badan-badan yang berkaitan tetapi mungkin tidak termasuk maklumat yang diberikan kepada pegawai-pegawai i-VCAP selepas tarikh terbitan maklumat yang dipaparkan pada Laman Web ini. Jika anda menggunakan maklumat ini, anda berbuat demikian dengan menanggung risiko sendiri dan anda harus merujuk kepada i-VCAP sama ada terdapat maklumat yang lebih terkini yang boleh mempengaruhi keputusan pelaburan anda. Sila ambil perhatian bahawa prestasi dahulu bagi sekuriti atau pelaburan lain tidak menjamin atau meramal prestasi pada masa hadapan.

Pengecualian Liabiliti

i-VCAP dan juga mana-mana syarikat yang berkaitan, pegawainya, pemberi perkhidmatannya, ejennya atau kontraktor bebasnya tidak menjamin ketepatan dan/atau kelengkapan apa-apa data yang terdapat pada laman web ini dan i-VCAP serta mana-mana syarikat yang berkaitan, pegawainya, pemberi perkhidmatannya, ejennya atau kontraktor bebasnya tidak akan menanggung liabiliti akibat sebarang kesilapan, ketinggalan, salah kenyataan, kegagalan atau gangguan pada laman web ini. i-VCAP dan juga mana-mana syarikat yang berkaitan, pegawainya, pemberi perkhidmatannya, ejennya atau kontraktor bebasnya tidak membuat jaminan secara langsung atau tidak langsung, dan juga tidak menjamin apa-apa kebolehdagangan atau kesesuaian untuk apa-apa tujuan atau penggunaan tertentu berhubung mana-mana data yang terdapat pada laman ini. Tanpa menghadkan apa-apa yang disebut di atas, dalam apa-apa keadaan sekalipun i-VCAP atau mana-mana syarikat yang berkaitan, pegawainya, pemberi perkhidmatannya, ejennya atau kontraktor bebasnya tidak menanggung liabiliti terhadap apa-apa kehilangan keuntungan, atau kerosakan atau kehilangan secara tidak langsung, punitif, luar biasa atau berkaitan, walaupun jika dimaklumkan tentang kemungkinan tersebut.

Hakcipta

Hak cipta maklumat dipegang oleh i-VCAP. Maklumat ini tidak boleh disalin, diedarkan atau diterbitkan oleh mana-mana individu untuk apa-apa tujuan tanpa kebenaran bertulis daripada i-VCAP.

Maklumat Pihak Ketiga

Mana-mana iklan, maklumat dan butang rujukan daripada pihak ketiga yang mengandungi pautan adalah bukan satu saranan atau sokongan oleh i-VCAP atau pengarah atau kakitangan masing-masing. Pengguna dirujuk kepada pihak ketiga yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan termasuklah maklumat yang lengkap tentang penasihat pelaburan entiti atau status pelesenan wakil peniaga serta nombor lesen (jika berkenaan).

Harga Saham, Prestasi Indeks
Harga/nilai yang dipaparkan pada Laman Web ini apabila berkaitan dengan pelbagai sekuriti sandaran adalah berasaskan harga yang dimaklumkan kepada i-VCAP sebagai harga jualan terakhir bagi sekuriti yang berkenaan di bursa saham di mana sekuriti itu didagangkan pada masa dan tarikh yang dipaparkan. Data ini mungkin tertunda.

Harga-harga dan maklumat lain yang dipaparkan dan digunakan untuk mengira nilai aset bersih (NAV) dibekalkan oleh vendor pihak ketiga yang memegang lesen pengedaran dari pelbagai bursa berkenaan dan maklumat ini mungkin tertunda. Harga dan nilai yang dipaparkan pada Laman Web ini mungkin berubah-ubah sepanjang hari dagangan bursa saham berkenaan.

Kesilapan

i-VCAP tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kegagalan telekomunikasi, rangkaian, elektronik, teknikal atau kegagalan komputer  disebabkan ketidaktepatan transkripsi pada maklumat yang dimasukkan, kesilapan dalam mana-mana bahan promosi dan pemasaran, atau apa-apa kesilapan manusia atau elektronik termasuk tetapi tidak terhad pada pentadbiran Laman Web ini.

Undang-undang yang Berkuatkuasa

Terma-terma penggunaan ini adalah mengikut undang-undang Malaysia yang mempunyai bidang kuasa secara eksklusif terhadap apa-apa pertikaian yang timbul berkaitan dengannya.

Persetujuan Terma-terma Penggunaan

Dengan melayari Laman Web ini, anda bersetuju bahawa anda telah membaca, memahami dan akan terikat pada Terma-terma Penggunaan dan anda akan membaca dengan hati-hati penafian dan notis yang dipaparkan pada bahagian-bahagian lain di Laman Web ini.



 

Copyright © i-VCAP Management Sdn. Bhd. 2008