Dana ETF patuhi syariah dengan pendasar Asia Tenggara


10 Jun 2016

Pasaran berpotensi Dana Dagangan Bursa (ETF) Malaysia menerima rangsangan besar menerusi pelancaran dana patuh syariah “Myetf Masci Sea Islamic Dividend” atau MyETF-MSEAD.

Dana terbuka I-VCAP Management Sdn Bhd itu merupakan ETF patuh syariah dengan pendasar Asia Tenggara yang pertama dilancarkan di dunia.