Astro Awani | Kesedaran rendah terhadap ETF di Malaysia


18 Nov 2015

Sentimen pasaran yang sedikit lemah tidak menjejaskan prestasi Dana Dagangan Bursa (ETF). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif I-VCAP, Mahdzir Othman, prestasi ETF dipengaruhi kesedaran yang lemah dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dana dagangan bursa atau ETF adalah dana penjejak indeks yang tersenarai dan didagangkan di bursa saham seperti saham.