RTM TV1 | VALUECAP SASAR KEMBANGKAN ASET DALAM PENGURUSAN [7 MEI 2015]


07 May 2015

Pengurus dana, Valuecap Sdn Bhd, menyasar untuk mengembangkan aset dalam pengurusan (AUM) kumpulan itu kepada antara 7 bilion ringgit dan 7.5 bilion ringgit pada akhir tahun ini berbanding 5.2 bilion ringgit ketika ini.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahdzir Othman, pertumbuhan akan datang disumbangkan oleh produk sedia ada, MyETF SEA Islamic Dividend, yang baru dilancarkan, serta dana dalam perancangan.

  •